Organisasi Sekolah

 

ALUAN GURU BESAR 

Bersyukur kita ke hadrat Allah swt. kerana dengan taufik dan hidayahNya, sepanjang tahun 2010 perjalanan sekolah ini adalah lancar dan terancang. Segala masalah ataupun cabaran dapat diatasi dan ditangani dengan baik serta mengikut susun galur yang telah dirancangkan dengan komitmenyang jitu oleh warga sekolah ini.

Sekolah Cemerlang dalam DKBB pada tahun 2013 adalah visi sekolah ini. Kecemerlangan yang dicari akan ditunjangi oleh 8 prioriti yang akan menjadi landasan kerja warga sekolah ini. Warga sekolah ini mempunyai keazaman yang tinggi dengan budaya kerja yang sepakat untuk menjadikan sekolah ini cemerlang dalam semua bidang pendidikan di dalam daerah Kulim/Bandar Baharu mahu pun negeri Kedah. Visi yang amat jelas ini akan disepadukan dengan semangat yang kental dan jitu sebagai pemangkin kepada gagasan pencapaian cemerlang yang lestari (SKGL).

Pencapaian kurikulum adalah merupakan KPI status sesebuah sekolah. Keputusan UPSR 2010 sekolah ini telah mencatatkan peningkatan yang baik dari segi kuantiti dan sedikit penurunan dari segi kualiti. 71.6% lulus semua mata pelajaran dan seramai 25 orang mendapat 5A. Walaupun pencapaian kuantiti dan kualiti tidak mencapai unjuran tetapi pencapaian dalam pola peningkatan. Syabas dan tahniah kepada semua guru tahun 6 dan juga guru-guru lain yang turut terlibat.Unjuran bagi tahun 2011 ialah 82.0% dan 5A seramai 35 orang. Sejajar dengan hasrat ini, semua guru dan warga sekolah ini mesti meningkatkan budaya kerja yang lebih berkesan dan berkualiti di semua peringkat dari tahun 1 sampai tahun 6. Guru mesti meningkatkan komitmen dan mengubah budaya kerja yang lebih mampan. Program 'Head Count' menjadi instrumen untuk mengesan dan membuat post mortem dengan mencari jalan untuk pemulihan dan penambahbaikkan.Pemantauan dan bimbingan akan menjadi tunjang utama dan dilaksanakan oleh GB,PK dan KP dengan lebih efektif lagi. Sejajar dengan hasrat ini Perancangan Strategik Tahun 2011 - 2013 akan terus menjadi manual prosidur kerja bagi semua warga sekolah ini. Pada tahun 2013, sekolah ini akan setanding dengan sekolah-sekolah elit yang lain iaitu di antara 'top ten' di DKBB. 

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru-Guru Penolong Kanan,guru-guru dan staf sokongan yang melaksanakan tugas dengan baik untuk kecemerlangan sekolah ini.Tidak lupa juga kepada PIBG dan para waris yang sama-sama memberi sokongan untuk kemajuan sekolah ini.

InsyaAllah, sekolah ini akan melahirkan pelajar yang simbang dalam kurikulum maupun kokurikulum, berketrampilan, berkompetensi yang tinggi, berkeyakinan diri, berdaya saing, berakhlak mulia serta patuh kepada agama dan negara.

 Sekian, terima kasih.

MATLAMAT STRATEGIK 

Dalam menjayakan misi dan visi sekolah, SKGL perlu menyediakan Perancangan Strategik 2011-2013 secara menyeluruh yang menggariskan matlamat strategik, objektif, strategi serta pelan tindakan bagi mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) dan sasaran yang telah ditetapkan. Usaha ini adalah bermatlamatkan agar pendidikan di SKGL  terus relevan dengan keadaan semasa bagi menyediakan generasi masa hadapan. Setiap bidang utama pendidikan yang merangkumi kurikulum, kokurikulum, hal ehwal murid, kewangan, pentadbiran dan pengurusan, infrastruktur dan persekitaran, pengurusan sumber manusia dan perhubungan luar akan diberikan tumpuan. Proses menganalisis segala kekuatan, kelemahan, peluang dan cabaran dijalankan untuk menjadi asas dalam merangka strategi penyediaan Perancangan Strategik 2011-2013 

 

JAWATANKUASA INDUK PERANCANGAN STRATEGIK 2011-2013

PENGERUSI

GURU BESAR

TUAN HAJI ABU BAKAR BIN MEH

 NAIB PENGERUSI

PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

PUAN HAJAH INSAH BT IBRAHIM 

NAIB PENGERUSI 2

PENOLONG KANAN PETANG

ENCIK MD RAHIM BIN ZAKARIA

SETIAUSAHA

PUAN SUFIANA BT MOHD SUBKI

PENOLONG SETIAUSAHA

PUAN FARIHANA BT SAADON 

AHLI JAWATANKUASA

PUAN VASANTHA DEVI A/P MARIMUTHU (PK KOKURIKULUM )

ENCIK ZAHARI B HAMZAH (B.MELAYU)

PUAN NOR SUHANA BT MOHD NORDIN (B.INGGERIS)

PUAN ASMAHANI BT GIRIM ( MATEMATIK)

PUAN ROFAIZAH BT ISMAIL ( SAINS)

ENCIK ISMAIL BIN HASHIM (PENDEIDIKAN ISLAM

ENCIK SHOBRI BIN MOHD SALLEH (KAJIAN TEMPATAN)

ENCIK ABDUL RAZAK BIN AHMAD (PENDIDIKAN JASMANI)

PUAN NORSIAH BT HARUN (PEND. SENI VISUAL)

ENCIK HASHAMUDDIN BIN HASSAN (PENDIDIKAN MUZIK)

PUAN FATIMAH BT MOHAMAD (PEMULIHAN KHAS)

PUAN NORHAYATI MAT SAAD ( PUSAT SUMBER)

PUAN SAKILA BEE BT OMAR KHAN (PENYELARAS BESTARI)

ENCIK ROSLI B MEHAT (PEND. SIVIK & KEWARGANEGARAAN)

PUAN MARIAM BT SHAHIR ( BAHASA ARAB)

ENCIK ABDUL HADI B HASSAN ( J-QAF)

PUAN ROSNITA MOHAMAD (PRASEKOLAH)

ENCIK ROHAIZAT ZAINON (PEPERIKSAAN LUARAN)

PUAN ZAKIAH BT MD ZAHARI (PEPERIKSAAN DALAMAN)

PUAN CHE BASYAH BT DIN (LDP)

PUAN SHAHIDAH BT HASHIM (LINUS PAGI)

PUAN NORIZANA BT HASHIM (LINUS PETANG)

ENCIK MOHD RIDHWAN B IBRAHIM (PROTIM)

PUAN FUZIAH BT SAAID (KAUNSELOR)

PUAN MUDZALIFAH BT A. HALIM ( PENYELIA TAHUN 6)

PUAN NOR AFFIZA BT HASSAN ( S/U PIBG)

ENCIK YUSOF B HASSAN (HEADCOUNT)

PUAN KHIZAN BT HAJI ASHAARI

CIK SHARIFAH NUR SARAH BT SYED KHALID

 

JAWATANKUASA KERJA PERANCANGAN STRATEGIK 2011-2013

 PENGERUSI

GURU BESAR

TUAN HAJI ABU BAKAR BIN MEH

 NAIB PENGERUSI

PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

PUAN HAJAH INSAH BT IBRAHIM

 NAIB PENGERUSI 2

PENOLONG KANAN PETANG

ENCIK MD RAHIM BIN ZAKARIA

SETIAUSAHA

PUAN SUFIANA BT MOHD SUBKI

AHLI JAWATANKUASA

                    PUAN MUDZALIFAH BT A.HALIM (KURIKULUM)

PUAN NORAINI BT MAJID (KURIKULUM)

PUAN NAZILAH BT SAAD (KOKURIKULUM)

PUAN SURYANI BT MOHD RODHI (KOKURIKULUM)

PUAN ZAITON BT JUSOH ( HEM)

PUAN HASWATI  BT HASSAN ( HEM)

PUAN NOORLAILA BT MATSAH (KEWANGAN)

CIK SHARIFAH NUR SARAH BT SYED KHALID (KEWANGAN)

ENCIK SHAHRIN B (PENGURUSAN PEJABAT)

PUAN JASMIZA BT (PENGURUSAN PEJABAT)

SAKILA BEE OMAR KHAN (KEMUDAHAN & PERSEKITARAN)

ENCIK ABD RAZAK B AHMAD (KEMUDAHAN & PERSEKITARAN)

PUAN ZAKIAH BT MD ZAHARI (SUMBER MASNUSIA)

CHE BASYAH BT DIN (SUMBER MANUSIA)

PUAN NOR AFFIZA OTHMAN (PERHUBUNGAN LUAR)

PUAN MARIAM BT SHAHIR ( PERHUBUNGAN LUAR)